Thursday, January 28, 2016

COZUMA Mattifying Lipstick

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ramai wanita tidak selesa jika tampil di khalayak ramai tanpa memakai gincu dibibir. Lipstick Cozuma menghaluskan bibir kita sebab adanya Kolagen yang tak mengeringkan bibir, pelembapkan dan mencantikkan birbir kita. Yess lipstick ni keluaran Sahajidah Hai O yang mana bila pakai lipstick ni mampu buat bibir kita mungil ibarat baru lepas cucuk botok hihi.

Lipstick Cozuma ataupun dikenali dengan Cozuma Mattifying Lipstick. ini diperkaya dengan extract buah betik & collagen yang memberikan kesan silky, moist dan finishing yang sangat cantik. Dengan mengguna listick ini, bibir akan sentiasa lembab  dan mengelakkan dari kering dalam persekitaran yang kering.

walaupun admin dah lama menjadi ahli Sahajidah Hai-O marketing (SHOM),  admin baru saja membeli lipstick keluaran SHOM dan memang terbukti sangat berkualiti.Bila guna lipstick ini, terasa sangat ringan dan warna lebih tahan lama.Walaupun ia tahan lama tapi senang untu dicuci, terutama bila nak solat. Cuma lap dengan tisu saja.

Bahan yang diguna adalah :

1. Ekstrak buah betik dan sfera kolagen untuk membuat bibir mungil dan gebu.
2.Minyak biji safflaower dan minyak biji kapas untuk memberi kelembapan kepada bibir.
3.Vitamin E dan C untuk memberi perlindungan pada persekitaran.  Squalane untuk menjadi sapuan licin dan ringan.

Testimoni saya sendiri, lipstick ini bila disapu di bibir terasa ringan dan lasting. Bibir lembab , tak macam kebanyakkan lipstick jenis long lasting biasanya mengeringkan bibir.







Kualiti lipstick ini setanding dengan lipstick jenama yang telah terkenal seperti channel tapi dengan harga lebih murah.

Admin rasa berbaloi menjadi ahli SHOm sebab setiap belian ada point yang membolehkan anda mendapat komisen lebih tinggi. 

Tuesday, September 29, 2015

Tidur untuk kesihatan..


Bio Velocity Sleep Mate (BVsm)adalah salah satu produk Bio Velocity. Saya dah menggunakannya hampir 2 tahun dan saya sangat bersyukur keranatelah memiliki Bio velocity Sleep mate ini. Saya juga bersyukur kerana berjaya menjual produk ini kepada teman-teman .

Baru-baru ini saya dipertemukan dengan pelanggan yang telah membeli BVsm dari saya. Mula ternampak beliau rasa agak khuatir juga nak bertanya tentang kesan BVsm sejak beliau menggunanya.Memang beliau tidak nafikan tidur memang best sangat ..

Tapi saya tertarik dengan testimoni dia, anak saudara dia ada terkena stroke, bila dia mengguna BVsm, badannya berpeluh. kakinya yang dulu sejuk terasa panas. Ini membuktikan BVSm ini meningkatkan peredaran darah kit. Sekarang, Alhamdulillah, beliau dah boleh berjalan walaupun mash lemah.

Bio Velocity adalah sejenis tenaga tulen dan semulajadi yang diperolehi dari matahari. menggunakan prinsip tenaga perubatan, Tenaga BV membaiki medan tenaga manusia ( lebih dikenali seagai "Aura" ) dan meningkatkan thap kesihatan seseorang

Dengan tidur di atas BVsm, membantu anda untuk menikmati tidur yang nyenyak dan menggalakkkan peredaran darah secara berkesan serta menambahkan kandungan oksigen didalam badan. Ia juga membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan aura dan menguatkan sistem imunisasi.

Mudahnya..tidur aje..

Friday, May 29, 2015

Jom beli di sini...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Syukur alhamdulillah, dah hampir 3 tahun saya bersama SahajidahHai -O Marketing ( SHOM), sepanjang tempoh hampir 3 tahun, saya merasakan ini adalah kali pertama saya mendapat untung dalam bentuk wang tunai semenjak saya menceburi  perniagaan Jualan Lansung atau lebih dikenali sebagai MLM. Dah banyak juga syarikat jualan langsung yang saya ikuti, kebanyakkannya saya hanya untung memakai dan ada juga stok yang tak habis dijual. Sebenarnya saya dah putus asa nak join mana-mana MLM, sehinggalah saya tertarik dengan Premium Beautiful . Banyak testimoni yang yang saya ba tentang produk ini.

Mau tidak mau, saya terpaksa juga menjadi ahli untuk mendapat harga yang lebih murah.

Yang mengejutkan saya, walaupun saya tak beli apa-apa produk selepas itu, saya masih mendapat keuntungan dari belian kawan-kawan yang telah mendaftar kerana berminat dengan Premium Beautiful itu. Tambah produk-produk yang lain memang best juga.

Saya mengambil keputusan untuk cuba mempromosi produk ini secara online sebab ramai yang masih tidak mengetahui tentang kewujudan produk SHOM ini. Diharap ini dapat membantu saudar-saudara kita yang ingin mendapat produk ini tapi tidak tahu mana nak cari.

Untuk orang di kawasan Sibu, boleh COD.

Wednesday, February 25, 2015

Untungnya menjadi rakan kongsi Syarikat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mungkin ada rakan di luar sana yang ingin memdapat pendapatan tambahan, tapi tak tahu nak mula.
Apa kata anda bersama saya, kita sama-sama mulakan perniagaan ini. Jom kita bersam-sama dengan syarikat Sajidah Hai- O Marketing.

Saya terpikat untuk bersama syarikat ini kerana:
1. setiap belian kita terkumpul untuk membolehkan kita menikmati bonus yang lebih banyak. Jika kita beli hanya untuk kegunaan sendiri sahaja kita boleh menikmati 21% dari BV belian kita. Jika kita share dengan kawan-kawan kita boleh menikmati sehingga 41% dari BV yang kita beli, jika kita memenuhi syarat-syarat yang telah saya cerita sebelum ini.

2. Produk keluaran syarikat ini berkualiti dan lebih dari 200 jenis produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini. Setiap belian kita akan dikira untuk kenaikan share. Jika dalam beberapa bulan kita tidak membuat apa-apa belian, point yang terkumpul tak akan hilang.

Thursday, January 29, 2015

Testimoni 2/2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sangat happy sebab ramai yang mengucap terima kasih kerana memperkenalkan BVsm pada mereka. Pada permulaan niat memanglah nak menjual BVsm, tapi kini kena ubah mind set..jangan fikir dan menjual, bila kita gagaljual, kita akan kecewa. Cuba niatkan kita share sebab prqduk ini sebab kita nak kawan-kawan dan orang-orang sekeliling kita tahu kehadiran produk yang sungguh luar biasa ini.
Saya sendiri seblum mengguna produk ini pun tak percaya bila kawan cerita tentang kehebatan produk ini.

Mula-mula memang terdetik di hati.alah..macam mana comforter ini boleh meningkatkan kesihatan? Tapi bila kawan buat demo dan saya sendiri dapat merasakan tenaganya..wow.. subhanallah... macam tak percaya.

Belian BVsm yang pertama sebab niat untu guna ayah dan ibu. Berpa sangatlah harga satu BVsm ini jika dibandingkan jasa mereka berdua. Duit boleh dicari tapi ibubapa tiada duanya. Tak ternilai dengan wang yang kita belanja untuk beli BVsm. Itulah BVsm yang pertama saya belikan. Niatkanuntuk ibubapa kerana Allah..InsyaAllah pahal menunggu kita.

Tapi alangkah terkejut, dari hadiah untuk ibubapa tadi, saya telah mendapat ramai pelanggan yang ingin memiliki BVsm . Kehebatan BVsm ini telah meneliti dari mulut ke mulut. Tak perlu nak buka kedai..hehe.

Berbalik pada cerita testimoni tadi.
Ada seorang makcik telah mengguna BVsm, setelah 6 bulan mengguna BVsm, tiba-tiba makcik tu call saya. Rasa terkejut juga kenapa tiba-tiba makcik tu call,tak pernah call sebelum ini. Mca-macam bermain di fikiran.

Yang terkejutnya, mak cik tu kata..." Makcik nak 2 lagi BVsm.. " Syukur Alhamdulillah...makcik tu beli untuk saudaranya. katanya, selepas 6 bulan guna, dia dapat raasa perbezaan :

1. Tidur, memang syok dan best. kakalu sebelum ini, bila bagun untuk kencing, biasanya dia dah tak boleh tidur. Kadang-kadang terjaga jam 3 pagi, terus taktidur sampai pagi.
Sejak tidur dengan BVsm, tak kisah berapa kali jaga, baring je, terus tidur.

2. Selepas mengguna BVsm selama 4 bulan, bila bangun pagi, amkcik ini terus bangun . Tak payah merangkak dan bertongkat. Memang banyak perbezaan dengan sebelum penggunaan BVsm.
Sebab tulah makcik tu berani nak share kehebatan BVsm dengan saudara-saudaranya.

Saya rasa sangat seronok, bila kita dapat menambahnilai pada seseorang. So bila share, niat kita hanya nak tambahnilai hidup seseorang.

JIka yang ingin memiliki atau ingin mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saya.

Sunday, January 25, 2015

Testimoni BVsm 1/2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini nak share testimoni pengguna BVsm...
Pengguna tidak lain ialah saya sendiri.

Yelah orang kata, kalau kita nak share kehebatan sesuatu produk, yang penting kita kena guna sendiri dan rasai kehebatannya. kalau tak hebat, takkan kita nak share, itu dah menipu namanya. Tak berkat rezeki kita

Saya dah beli BVsm lama juga tapi saya tak guna, bagi ayah dan emak guna. Bila saya beli , mak tanya berapa harga, yang kita ni lurus bentul, bagi taulah harganya RM1290.00.
Orang tua biasalah, bila dengar harga mahal, memanglah dia bising..kenapalah nak buang duit beli kain mahal ni. Kita tahan telinga ajelah..what to do...

Pada fikiran saya, duit boleh dicari, ibu bapa hanya satu, mana ada pengganti. Kalau dulu masa kita kecil mereka sanggup berkorban untuk kita, kenapa dah besar ini kita nak berkira sangat dengan mereka. Itulah yang menguatkan hati saya untuk membeli untuk mereka. Asal mereka sihat tu dah cukup bagi saya.

Saya beli BVsm ini setelah menghadiri satu program. dalam program itu penerangan jelas diberi tentang produk tu. Dia orang panggil saya ke depan dan rasai sendiri tenaga Bio Velocity tu... wow!! MasyaAllah, memang saya merasai tenaga tu, lalu ambil keputusan beli untuk parents. sebagai hadiah dari saya. Sebab saya yakin, kalau kita berbuat baik pada keduanya, kita akan dapat benda yang kita tidak pernah fikir sebelum ini.

Selepas memberi BVsm pada parents, saya pun lupa. Lupa juga nak bertanya apa mereka rasa selepas mengguna BVsm tu, hinggalah satu hari, anak terseliuh pinggang. ini berlaku dalam bulan 2 tahun 2014.

Seliuh pinggang anak saya agak teruk sehingga tak boleh nak tunduk. Saya nak bawa dia pergi ke tukang urut, tapi dia tak nak.

Tiba-tiba anak lelaki saya berkata " mama..kenapa tak suruh kakak tidur atas comforter atok yang harg mahal tu..mana tau, sakit kakak boleh baik. Ha..barulah saya teringat akan BVsm tu. So dengan perasaan agak malu, bagi tau parents nak pinjam BVsm mereka.

Anak saya macam tak percaya, mana mungkin seliuhnya boleh sembuh dengan hanya tidur atas BVsm. Saya beritahu anak, kita cuba saja dan jangan lupa yang menyenbuhkan bukan BVsm tu tapi Allah yang akan sembuhkan . BVsm ini sebagai usaha kita.
The next day selepas tidur semalam atas BVsm tu, anak rasa tak percaya sakit pinggang dah berkurngan. hari ketiga selepas tidur atas BVsm sangat -sangat menakjubkan, syukur Alhamdulillah sakit pinggang langsung hilang. Saya pun macam tak percaya tapi itulah kenyataannya.

Lepas itu, saya pun pinjam lagi nak cuba tidur atas BVsm tu. Ya Allah bestnya tidur atas tu.. tidur betul-betul nyenyak. kadang-kadang tertidur antara maghrib dengan Isya, terasa tidur terlalu lama, rasa macam dah subuh, walaupun sebenarnya tidur tak sampai pun 1 jam.
Bangun pagi pun rasa sangat segar.

Hujung minngu itu, saya terpaksa menghantar anak ke Bintulu.jarak perjalanan dalm 300 lebih km , pergi selepas Subuh dan balik semula pada hari yang sama. Saya lapikkan BVsm di tempat duduk pemandu. Sampai dirumah waktu maghrib dan malam tu berjumpa customer pula. The next day tu kena kerja. Yang mengherankan saya tak rasa penat pun. Saya tak perasan pun saya tak penat.

Beberapa minggu kemudian saya mengulangi aktiviti yang sama iaitu pergi ke sekolah anak dan balik pada hari yang sama. kali ini saya tak mengguna BVsm , the next day tu badan saya rasa sakit-sakit dan terpaksa ambil cuti. Barulah saya sedar, penggunaan BVsm sebagai pelapik telah memberi tenaga kepada saya sehingga saya rasa tidak penat.

Bila dah tau kehebatan BVsm tu, saya pun membeli sehelai untuk kegunaan sendiri. Memang bterasa sangat bezanya, tidur lebih lena dan badan rasa segar.

Macam biasa lumrah manusia, bila ada benda yang baik kita akan cerita dengan kawan-kawan terutaman kawan-kawan yang ada masalah kesihatan. dan yang mengejutkan saya , sambutan kawan-kawan terhadap BVsm ini sangat luar biasa.

Rasa sangat seronok apabila  ada kawan-kawan yang lama ada masalah kesihatan dan semakin pulih.

Kalau ada yang berminat nak memiliki BVsm boleh hubungi saya.

Saturday, January 24, 2015

Aura dan BVsm

Aura adalah medan tenaga elektromagnetik yg berputar mengelilingi badan kita mengikut putaran lawan jam yg berbentuk bujur telur.  Medan tenaga ini berputar mengikut kelajuan tersendiri ( paling perlahan  di bahagian bawah  dan paling  laju di bahagian  crown chakra )

Manfaat aura kepada manusia :

Terdapat banyak fungsi dan manfaat aura. Selain menambah daya tahan tubuh seseorang menjadi kuat terhadap serangan penyakit, aura manusia yang cahayanya terang juga dapat mempengaruhi aura manusia lainnya di sekitarnya. Jadi aura sangatlah penting bagi kita sebagai manusia, apalagi bagi anda yang bekerja di bidang hiburan, perniagan , pemasaran dan lain-lain. 

Kepentingan aura kepada tubuh manusia ibarat lapisan ozon kepada bumi. Jika ozon berfungsi sebagai perisai melindungi manusia dan hidupan daripada sinaran ultrungu seterusnya terdedah kepada penyakit, konsep ini sama seperti aura iaitu satu gelombang elektromagnetik atau jaluran tenaga yang mengelilingi tubuh mnusia, haiwan dan tumbuhan daripada pencemaran alam sekitar. Lapisan aura mempunyai kesan terhadap keseimbangan spiritual , mental , emosi dan fizilk manusia.

Kita selalu mendengar orng berkata, orang-orang hebat memiliki aura yang hebat. Orang yang memiliki aura yang hebat ini sentiasa berjaya dalam usahanya. Tidak kira bidang apa mereka ceburi, mereka akan menyerlah dan gemilang. Perkara ini menyebabkan ramai yang berfikir bagaimana nak tingkatkan kehebatan aura agar kita mampu cemerlang dan hebat.

Bagaimana nak tingkatkan aura kita ?
Aura kita berubah-ubah , bergantung kepada keadaan dalaman kita. Bergantung kepada kekuatan minda kita. Bergantung kepada kesihatan badan dan fikiran kita. Juga bergantung kepada hati kita. Jika orang yang sentiasa ada perasaan hasad dengki dan negatif, auranya buruk dan tanpa orang itu sedari, sebenarnya sikap negatifnya akan memakan diri secara perlahan-lahan.

Namun ramai tidak tahu penggunaan alat elektronik yang kerap seperti telefon bimbit, radio, dan komputer menjadi punca kepada pendedahan radiasi yang tinggi sekali gus tanpa sedar boleh merosakkan aura seseorang.Walaupun lapisan aura tidak kelihatan pada pandangan mata kasar, kemajuan teknologi membolehkan lapisan ini dirakamkan dan diterjemahkan kesannya kepada diri seseorang sama ada mengalami kebocoran atau sebaliknya.
Dari pembacaan saya, jika orang yang bersifat positif dan sentiasa bersangka baik dengan orang lain. menerima segala cubaan dengan positif, auranya cantik , terang dan besar. Orang yang begini tanpa disedari akan dapat mempengaruhi orang lain. 


Aura seseorang dipengaruhi oleh banyak perkara dari sikap kita , apa yang kita fikir dan juga apa yang kita makan.

Tapi  sangat bertuah kerana kita boleh juga meningkatkan aura kita dengan hanya tidur di atas atau berselimut dengan BVsm. Ini bukan main cakap kosong k.

Ekperimen telah dibuat oleh Professor Edward  Krizhanovsky  yang mana dalam ekperimen nya, telah terbukti peningkatan aura seseorang yang baring atau berselimut dengan BVsm ini.

Ini dilapor dalam buku  bertajuk :


"REPORT  on the Research of Effectiveness and Productivity of the Bio Velocity Sleep Mate"

Diringkas di sini, dalam kajian tersebut beliau telah mengambil seramai 40 orang dewasa yang sihat yang berumur dalam lingkungan 20 -26 tahun.
Mereka dibahagi dalam 4 kumpulan :
Kump 1 : diberitahu dengan benar mereka mengguna pelapik tilam yang bertenaga
Kump 2 : diberitahu mereka mengguna BVsm tapi sebenarnya mereka mengguna pelapik  
                biasa. 
Kump 3 : diberitahu mereka mengguna pelapik tilam yang biasa tapi sebenarnya mereka 
               mengguna BVsm
Kump 4 : diberitahu dengan benar mereka mengguna pelapik tilam yang biasa 

Semua mereka di selimut dan rehat selama 30 minit.

Selepas 30 minit, terdapat perbezaan yang ketara warna dan saiz aura mereka






Seperti yang saya nyatakan tadi, aura luaran yang tidak seimbang memang ada kesan pada kesihatan secara keseluruhan. Jika kita tak mau tidur dengan BVsm ini, kita pun boeh baiki aura kita dengan secara konsistan buat meditasi atau boleh juga buat yoga atau tai chi. 

Sebab itu kita biasa tengok orang yang konsistan dengan yoga dan tai chi mempunyai tenaga yang tinggi dan kelihatan lebih muda dibanding dengan orang yang sama usia dengannya.
Jom kawan-kawan perbaiki kesihatan kita dengan tidur dan berehat menggunakan BVsm.

Kalau ini orang kata mahal, saya rasa kesihatan itu lagi mahak dan tidak boleh dibeli,
Harga istimewa untuk 5 orang pertama yang menghubungi saya...