Thursday, January 29, 2015

Testimoni 2/2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sangat happy sebab ramai yang mengucap terima kasih kerana memperkenalkan BVsm pada mereka. Pada permulaan niat memanglah nak menjual BVsm, tapi kini kena ubah mind set..jangan fikir dan menjual, bila kita gagaljual, kita akan kecewa. Cuba niatkan kita share sebab prqduk ini sebab kita nak kawan-kawan dan orang-orang sekeliling kita tahu kehadiran produk yang sungguh luar biasa ini.
Saya sendiri seblum mengguna produk ini pun tak percaya bila kawan cerita tentang kehebatan produk ini.

Mula-mula memang terdetik di hati.alah..macam mana comforter ini boleh meningkatkan kesihatan? Tapi bila kawan buat demo dan saya sendiri dapat merasakan tenaganya..wow.. subhanallah... macam tak percaya.

Belian BVsm yang pertama sebab niat untu guna ayah dan ibu. Berpa sangatlah harga satu BVsm ini jika dibandingkan jasa mereka berdua. Duit boleh dicari tapi ibubapa tiada duanya. Tak ternilai dengan wang yang kita belanja untuk beli BVsm. Itulah BVsm yang pertama saya belikan. Niatkanuntuk ibubapa kerana Allah..InsyaAllah pahal menunggu kita.

Tapi alangkah terkejut, dari hadiah untuk ibubapa tadi, saya telah mendapat ramai pelanggan yang ingin memiliki BVsm . Kehebatan BVsm ini telah meneliti dari mulut ke mulut. Tak perlu nak buka kedai..hehe.

Berbalik pada cerita testimoni tadi.
Ada seorang makcik telah mengguna BVsm, setelah 6 bulan mengguna BVsm, tiba-tiba makcik tu call saya. Rasa terkejut juga kenapa tiba-tiba makcik tu call,tak pernah call sebelum ini. Mca-macam bermain di fikiran.

Yang terkejutnya, mak cik tu kata..." Makcik nak 2 lagi BVsm.. " Syukur Alhamdulillah...makcik tu beli untuk saudaranya. katanya, selepas 6 bulan guna, dia dapat raasa perbezaan :

1. Tidur, memang syok dan best. kakalu sebelum ini, bila bagun untuk kencing, biasanya dia dah tak boleh tidur. Kadang-kadang terjaga jam 3 pagi, terus taktidur sampai pagi.
Sejak tidur dengan BVsm, tak kisah berapa kali jaga, baring je, terus tidur.

2. Selepas mengguna BVsm selama 4 bulan, bila bangun pagi, amkcik ini terus bangun . Tak payah merangkak dan bertongkat. Memang banyak perbezaan dengan sebelum penggunaan BVsm.
Sebab tulah makcik tu berani nak share kehebatan BVsm dengan saudara-saudaranya.

Saya rasa sangat seronok, bila kita dapat menambahnilai pada seseorang. So bila share, niat kita hanya nak tambahnilai hidup seseorang.

JIka yang ingin memiliki atau ingin mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saya.

Sunday, January 25, 2015

Testimoni BVsm 1/2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini nak share testimoni pengguna BVsm...
Pengguna tidak lain ialah saya sendiri.

Yelah orang kata, kalau kita nak share kehebatan sesuatu produk, yang penting kita kena guna sendiri dan rasai kehebatannya. kalau tak hebat, takkan kita nak share, itu dah menipu namanya. Tak berkat rezeki kita

Saya dah beli BVsm lama juga tapi saya tak guna, bagi ayah dan emak guna. Bila saya beli , mak tanya berapa harga, yang kita ni lurus bentul, bagi taulah harganya RM1290.00.
Orang tua biasalah, bila dengar harga mahal, memanglah dia bising..kenapalah nak buang duit beli kain mahal ni. Kita tahan telinga ajelah..what to do...

Pada fikiran saya, duit boleh dicari, ibu bapa hanya satu, mana ada pengganti. Kalau dulu masa kita kecil mereka sanggup berkorban untuk kita, kenapa dah besar ini kita nak berkira sangat dengan mereka. Itulah yang menguatkan hati saya untuk membeli untuk mereka. Asal mereka sihat tu dah cukup bagi saya.

Saya beli BVsm ini setelah menghadiri satu program. dalam program itu penerangan jelas diberi tentang produk tu. Dia orang panggil saya ke depan dan rasai sendiri tenaga Bio Velocity tu... wow!! MasyaAllah, memang saya merasai tenaga tu, lalu ambil keputusan beli untuk parents. sebagai hadiah dari saya. Sebab saya yakin, kalau kita berbuat baik pada keduanya, kita akan dapat benda yang kita tidak pernah fikir sebelum ini.

Selepas memberi BVsm pada parents, saya pun lupa. Lupa juga nak bertanya apa mereka rasa selepas mengguna BVsm tu, hinggalah satu hari, anak terseliuh pinggang. ini berlaku dalam bulan 2 tahun 2014.

Seliuh pinggang anak saya agak teruk sehingga tak boleh nak tunduk. Saya nak bawa dia pergi ke tukang urut, tapi dia tak nak.

Tiba-tiba anak lelaki saya berkata " mama..kenapa tak suruh kakak tidur atas comforter atok yang harg mahal tu..mana tau, sakit kakak boleh baik. Ha..barulah saya teringat akan BVsm tu. So dengan perasaan agak malu, bagi tau parents nak pinjam BVsm mereka.

Anak saya macam tak percaya, mana mungkin seliuhnya boleh sembuh dengan hanya tidur atas BVsm. Saya beritahu anak, kita cuba saja dan jangan lupa yang menyenbuhkan bukan BVsm tu tapi Allah yang akan sembuhkan . BVsm ini sebagai usaha kita.
The next day selepas tidur semalam atas BVsm tu, anak rasa tak percaya sakit pinggang dah berkurngan. hari ketiga selepas tidur atas BVsm sangat -sangat menakjubkan, syukur Alhamdulillah sakit pinggang langsung hilang. Saya pun macam tak percaya tapi itulah kenyataannya.

Lepas itu, saya pun pinjam lagi nak cuba tidur atas BVsm tu. Ya Allah bestnya tidur atas tu.. tidur betul-betul nyenyak. kadang-kadang tertidur antara maghrib dengan Isya, terasa tidur terlalu lama, rasa macam dah subuh, walaupun sebenarnya tidur tak sampai pun 1 jam.
Bangun pagi pun rasa sangat segar.

Hujung minngu itu, saya terpaksa menghantar anak ke Bintulu.jarak perjalanan dalm 300 lebih km , pergi selepas Subuh dan balik semula pada hari yang sama. Saya lapikkan BVsm di tempat duduk pemandu. Sampai dirumah waktu maghrib dan malam tu berjumpa customer pula. The next day tu kena kerja. Yang mengherankan saya tak rasa penat pun. Saya tak perasan pun saya tak penat.

Beberapa minggu kemudian saya mengulangi aktiviti yang sama iaitu pergi ke sekolah anak dan balik pada hari yang sama. kali ini saya tak mengguna BVsm , the next day tu badan saya rasa sakit-sakit dan terpaksa ambil cuti. Barulah saya sedar, penggunaan BVsm sebagai pelapik telah memberi tenaga kepada saya sehingga saya rasa tidak penat.

Bila dah tau kehebatan BVsm tu, saya pun membeli sehelai untuk kegunaan sendiri. Memang bterasa sangat bezanya, tidur lebih lena dan badan rasa segar.

Macam biasa lumrah manusia, bila ada benda yang baik kita akan cerita dengan kawan-kawan terutaman kawan-kawan yang ada masalah kesihatan. dan yang mengejutkan saya , sambutan kawan-kawan terhadap BVsm ini sangat luar biasa.

Rasa sangat seronok apabila  ada kawan-kawan yang lama ada masalah kesihatan dan semakin pulih.

Kalau ada yang berminat nak memiliki BVsm boleh hubungi saya.

Saturday, January 24, 2015

Aura dan BVsm

Aura adalah medan tenaga elektromagnetik yg berputar mengelilingi badan kita mengikut putaran lawan jam yg berbentuk bujur telur.  Medan tenaga ini berputar mengikut kelajuan tersendiri ( paling perlahan  di bahagian bawah  dan paling  laju di bahagian  crown chakra )

Manfaat aura kepada manusia :

Terdapat banyak fungsi dan manfaat aura. Selain menambah daya tahan tubuh seseorang menjadi kuat terhadap serangan penyakit, aura manusia yang cahayanya terang juga dapat mempengaruhi aura manusia lainnya di sekitarnya. Jadi aura sangatlah penting bagi kita sebagai manusia, apalagi bagi anda yang bekerja di bidang hiburan, perniagan , pemasaran dan lain-lain. 

Kepentingan aura kepada tubuh manusia ibarat lapisan ozon kepada bumi. Jika ozon berfungsi sebagai perisai melindungi manusia dan hidupan daripada sinaran ultrungu seterusnya terdedah kepada penyakit, konsep ini sama seperti aura iaitu satu gelombang elektromagnetik atau jaluran tenaga yang mengelilingi tubuh mnusia, haiwan dan tumbuhan daripada pencemaran alam sekitar. Lapisan aura mempunyai kesan terhadap keseimbangan spiritual , mental , emosi dan fizilk manusia.

Kita selalu mendengar orng berkata, orang-orang hebat memiliki aura yang hebat. Orang yang memiliki aura yang hebat ini sentiasa berjaya dalam usahanya. Tidak kira bidang apa mereka ceburi, mereka akan menyerlah dan gemilang. Perkara ini menyebabkan ramai yang berfikir bagaimana nak tingkatkan kehebatan aura agar kita mampu cemerlang dan hebat.

Bagaimana nak tingkatkan aura kita ?
Aura kita berubah-ubah , bergantung kepada keadaan dalaman kita. Bergantung kepada kekuatan minda kita. Bergantung kepada kesihatan badan dan fikiran kita. Juga bergantung kepada hati kita. Jika orang yang sentiasa ada perasaan hasad dengki dan negatif, auranya buruk dan tanpa orang itu sedari, sebenarnya sikap negatifnya akan memakan diri secara perlahan-lahan.

Namun ramai tidak tahu penggunaan alat elektronik yang kerap seperti telefon bimbit, radio, dan komputer menjadi punca kepada pendedahan radiasi yang tinggi sekali gus tanpa sedar boleh merosakkan aura seseorang.Walaupun lapisan aura tidak kelihatan pada pandangan mata kasar, kemajuan teknologi membolehkan lapisan ini dirakamkan dan diterjemahkan kesannya kepada diri seseorang sama ada mengalami kebocoran atau sebaliknya.
Dari pembacaan saya, jika orang yang bersifat positif dan sentiasa bersangka baik dengan orang lain. menerima segala cubaan dengan positif, auranya cantik , terang dan besar. Orang yang begini tanpa disedari akan dapat mempengaruhi orang lain. 


Aura seseorang dipengaruhi oleh banyak perkara dari sikap kita , apa yang kita fikir dan juga apa yang kita makan.

Tapi  sangat bertuah kerana kita boleh juga meningkatkan aura kita dengan hanya tidur di atas atau berselimut dengan BVsm. Ini bukan main cakap kosong k.

Ekperimen telah dibuat oleh Professor Edward  Krizhanovsky  yang mana dalam ekperimen nya, telah terbukti peningkatan aura seseorang yang baring atau berselimut dengan BVsm ini.

Ini dilapor dalam buku  bertajuk :


"REPORT  on the Research of Effectiveness and Productivity of the Bio Velocity Sleep Mate"

Diringkas di sini, dalam kajian tersebut beliau telah mengambil seramai 40 orang dewasa yang sihat yang berumur dalam lingkungan 20 -26 tahun.
Mereka dibahagi dalam 4 kumpulan :
Kump 1 : diberitahu dengan benar mereka mengguna pelapik tilam yang bertenaga
Kump 2 : diberitahu mereka mengguna BVsm tapi sebenarnya mereka mengguna pelapik  
                biasa. 
Kump 3 : diberitahu mereka mengguna pelapik tilam yang biasa tapi sebenarnya mereka 
               mengguna BVsm
Kump 4 : diberitahu dengan benar mereka mengguna pelapik tilam yang biasa 

Semua mereka di selimut dan rehat selama 30 minit.

Selepas 30 minit, terdapat perbezaan yang ketara warna dan saiz aura mereka






Seperti yang saya nyatakan tadi, aura luaran yang tidak seimbang memang ada kesan pada kesihatan secara keseluruhan. Jika kita tak mau tidur dengan BVsm ini, kita pun boeh baiki aura kita dengan secara konsistan buat meditasi atau boleh juga buat yoga atau tai chi. 

Sebab itu kita biasa tengok orang yang konsistan dengan yoga dan tai chi mempunyai tenaga yang tinggi dan kelihatan lebih muda dibanding dengan orang yang sama usia dengannya.
Jom kawan-kawan perbaiki kesihatan kita dengan tidur dan berehat menggunakan BVsm.

Kalau ini orang kata mahal, saya rasa kesihatan itu lagi mahak dan tidak boleh dibeli,
Harga istimewa untuk 5 orang pertama yang menghubungi saya...







Tip Untuk Menjual Produk

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setiap yang hidup pasti akan mati. Bila kita mati tak ada pahala yang sampai pada kita melainkan 3 perkara :

anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kita
ilmu yang dimanfaatkan
harta benda yang diguna untuk kebaikan.

Aku harap ilmu dan maklumat yang diabaikan dalam blog-blog ku dapat memberi manfaat pada orang memerlukan. Semuga usaha -usaha ku diberkatiNya. Semuga ini akan menjadi pahala berterusan buatku, walaupun aku telah tiada nanti

Alhamdulillah, sejak menyertai bisnes ini secara santai-santai, pendapatan bulanan memang tidak menghampakan. Buat masa sekarang pendapatan bulanan dalam lingkungan RM1,000.00 Mungkin ada yang mengatakan..alah..RM 1,000.00 bukanlah banyak mana kerana di luar sana ada berbagai bentuk bisnes yang pendapatan mencecah puluhan ribu tanpa perlu menjual apa -apa.

RM1,000 ini, pada saya besar nilainya sebab saya buat santai-santai. Jumlah yang kita ingin dapat bergantung dengan usaha kita. Tahniah Asma!! hehe...

Ok, berbalik kepada tajuk saya, saya nak share tip untuk menjual produk.

Tip nya senang aje, Saya dah buat dan pasti berkesan kerana setiap minggu ada aje orang baru dibawa bersama  dan kemudian berminat menjadi franchise.. Alhamdulillah..

Tip nya kita kena betulkan dalaman kita. kalau kita niat nak buat bisnes ni nak jual, bila kita share product dan orang tak beli, kita akan rasa kecewa.

Caranya:
1. Niatkan kita share produk keranaNya..  Samada orag tu beli atau tidak bukan urusan kita. Yang penting, bila ada kesempatan, share aje kelebihan produk kita.
Ini yang saya rasai sendiri. Saya berterima kasih pada kawan yang telah menceritakan tentang kelebihan Premium Beautiful. Jika dia tak cerita, saya tak tahu dan seterusnya mungkin masalah kesihatan saya menjadi lagi teruk.

Saya selalu ingat tujuan saya share adalah nak beritahu kelebihan produk yang kita guna. Mungkin kali ini dia belum nak beli, tapi anda harus ingat the moment kita share, info itu telah direkod di memory kawan kita. Bila mereka memerlukan, sudah pasti mereka akan menghubungi kita. Ini pengalaman saya sendiri.

2. Jika kita ajak kawan join. Kita dah cerita sampai kering air liur hehe. Keputusannya mereka tak berminat menjadi franchise. Jangan sedih, kita hanya mencadang. Yang menggerakkan hati kita tidak lain adalah Pencipta kita.
Bila kita selalu ingat 2 perkara ini, anda akan jadi kental walaupun ramai yang tidak berminat atau pandang sinis pada anda.

Kena selalu ingatkan diri, kita share kerana Allah mungkin dalam banyak-banyak kita share, ada seseorang memerlukan product yang kita share.

Tak ada yang paling happy saya rasa ialah bila customer kita ucap terima kasih kerana dia mendapat kebaikan dari produk kita.


Friday, January 23, 2015

MLM kenapa syarikat ini jadi pilihan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya telah banyak juga menjadi ahli dalam beberapa syarikat MLM, ada yang saya menjadi ahli sebab saya suka produk dan ada yang saya jadi ahli sebab nak beli barang dengan harga lebih murah.

Antara syarikat yang saya buat agak seriuos adalah amway dan mary kay. Saya akui produk emeang best tapi harga agak mahal. harga agak mahal bukanlah menjadi sebab sangat, yang penting produk berkualiti.

Yang saya tak tahan adalah pelan pemasarannya. Jika orang macam saya, yang hanya buat part time secara santai-santai, memang tak boleh pergi jauh.  Berlainan dengan pelan pemasaran Hai -o ini, bagi saya lebih adil, realistik dan mementingkan rakan kongsi. Syarikat tidak untung sendiri. Kita pun untung begantung bagaimana kita bekerja.

YANG PALING SAYA SUKA ADALAH, SETIAP BELIAN KITA DIKIRA UNTUK KENAIKAN PANGKAT. BELIAN UNTUK KENAIKAN PANGKAT ADALAH BELIAN KUMPULAN KITA. MEMANG TAK MUSTAHIL DAN CEPAT NAK CAPAI SEBAB BELIAN KUMPULAN.

CONTOH SEORANG BELI RM1000 SETAHUN, KALAU KITA ADA 20 ORANG RAKAN KONGSI BELANJA RM1,000.
SELEPAS SETAHUN CONFIRM KITA AKAN DINAIAKKAN KEPADA SALES MANAGER...
INI YANG MENYEBABKAN SAYA TERTARIK.

SAYA SHARE SEBAB NIAT NAK KAWAN-KAWAN SAYA PUN DAPAT PELUANG YANG SAMA.
PRODUKNYA, MEMANG TIDAK DINAFIKAN...MEMANG HEBAT...

Jom kawan-kawan....tingkatkan kualiti hidup kita.

Tenaga Matahari Di Waktu Malam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tenaga Matahari Di Waktu Malam..wow, macam best je bunyi nya. Itu reaksi bila saya tanya kawan-kawan, nak ke tenaga matahari walaupun pada waktu malam.

Teanga matahari sangat penting dalam kehidupanmanusia,binatang dan tumbuh-tumbuhan di mukabumi ini. Tenaga matahari ada tenaga yang boleh menyembuhkan kita secara semulajadi.

Masih ingat lagi, dulu-dulu, kalau baby kuning, biasa petugas kesihatan menasihatkan ibu-ibu menjemur babay mereka di bawah cahaya sebelum tengahari. Atau lebih dikenali sebagai cahaya Dhuha. Sains telah membuktikan cahaya pada waktu Dhuha ini ada tenaga yang dapat menyembuhkan penyakit kuning baby tersebut. Selain dari itu, cahaya matahari pagi ini juga dapat membekal vitamin D pada badan kita.

Kalau ada masa lapang, hujung minggu lebih sesuai berjalan-jalan pada waktu pagi. Kalau kita boleh keluar pada waktu pagi setiap hari secara konsistant saya percaya ia dapat memberi manfaat pada kesihatan kita tanpa kita sedari.

Mungkin ada yang bertanya , kenapa misi sekarang tak ada beri nasihat untuk kita jemur babay kita diluar jika kuning. jawapannya mudakh saja, sebab ada kes baby yang dijemur,lupa nak ambil sehingga menyebabkan kematian bayi. Tambah pada masa sekarang ramai ibu=ibu muda dan sekarang ini, banyak perkara yang boleh melalaikan contoh TV, Talifon , internet memang sangat bahaya untuk  mencadangkan baby dijemur di luar hehe..

Nak dapatkan tenaga matahari di waktu malam, sangat mudah. Dengan hanya baring atau selimut mengguna Bio Velocity Sleep Matte. Bayangkan jika tiada teknologi BV ini, mana mungkin kita boleh dapatkan tenaga matahri waktu Dhuha pada waktu malam hehe. Kalau nak rasa cahaya dhuha kenalah santai-santai di luar rumah pada waktu dhuha. Cuba anda santai-santai di luar rumah pada waktu Dhuha, rasailah perbezaan tenaga anda seharian.

Dengan mengguna BVsm ini, anda tak perlu bersantai-santai di luar , hanya baring atau tidur . Semasa tidur, sel-sel badan kita melalui porses rawatan, sel-sel rosak diganti baru, sel yang lemah mendapat tenaga baru..bayangkan kesannya pada kesihatan..

YANG PALING BEST.....
KITA MENDAPAT RAWATAN SEMASA TIDUR TANPA KITA SEDARI......






Ini buktinya, tenaga matahri di waktu malam
Pokok kacang hijau yang diletak dalm bilik gelap dan diletak BVsm di sebelah kiri pokok tersebut, selepas satu hari didapati pokok kacang hijau tersebut tumbuh ke arah BVsm.

Kita boleh juga buat experimen yang sama dalam kotak gelap dan tebuk  lubang supaya cahaya matahari boleh lalu. Selepas sehari, anda akan dapati pokok tersebut akan tumbuh ke arah lubang ini kerana di situ punca matahari.

Ekperimen yang ke 2, satu kumpulan pokok kacang hijau di letak di atas meja yang dilapik denganBVsm dan yang satu lagi diletak atas meja biasa. Didapati, popk kacang hijau yang di  atas meja yang dilapik dengan BVsm tumbuh lebih cepat dan subur dari pokok kacang hijau yang di letak atas meja biasa.

Bayangkan, kesannya tenaga BVsm ini pada tubuh badan kita. Kita tak perlu risau kesan sampingan, sebab tenaga ini adalah tenaga semulajadi, tenaga matahari.

Shine Bright Like A Diamond 2.0 ( SBLAD 2.0 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada tanggal 20 dan 21 Disember, 2014, kali pertama saya dan famili Bio Rich ikut serta dalam program usahawan Hai-O. Satu pengalaman kursus yang tak pernah saya alami sebelum ini. Biasanya kursus yang berkaitan dengan kerja agak serious.

Tapi bersama SBLAD 2.0 ini, ternyata berlainan. Kita di sini adalah usahawan. Tak ada boss , semua kita saling memerlukan. Aku tak akan berjaya jika aku tak bantu kawan aku. Suasana sentiasa bersemangat , aura positif terasa sangat-sangat.

Kursus yang berlangsung Di Genting Resort terasa panas dengan bahang semangat yang membara. Ada beberapa usahawan yang berjaya berkongsi tip kejayaan mereka. Saya mengaku di awal penglibatan  pada awal mac 2014,walaupun agak aktif tapi masih santai-santai. Yalah...part time kata orang...hehe

Selepas balik dari SBLAD ini, telah menyedarkan saya betapa saya memikul tanggungjawab yang berat untuk membimbing teman-teman yang sudi menjadi rakan kongsi untuk berjaya seperti usahawan di SBLAD 2.0. Mulai sekarang kena fokus dan konsistan.

Tak sangka kehadiran kami pada SBLAD 2.0 ini telah mengeratkan lagi ikatan antara famili Bio Rich. Ini antara gambar kenang-kenagan SBLAD 2.0 untuk menjadi pembakar semangat untuk kami berusaha lagi, agar kami boleh mengikuti VVIP trip percuma pada tahun ini.

Gambar ini, dirakam oleh my sweet girl Win, bakal chef dan bakal menjadi rakan kongsi dalam masa terdekat. Semuga penglibatan awalnya dapat merealisasi jutawan mukmin muda..Amiin..


Macam-macam aksi... suka-suka...



Bukan senag nak buat posing ini... hehe... ada yang sakit pinggang.



nampaknya , batu bulat ni jadi idaman kita hehe...

























Kawa-kawan kat sini memang pandai posing hehe..










Sejuk tempat ni, bukan gambat blur k..tapi berkabus....sejuk...












Bilik yang cantik...







Ini camera girl, kalau ada sapa-sapa yang suka hasil kerjanya..boleh upah dia hehe..



Ini antara gambar-gambar kenangan manis. Semuga bersemangat semula bila menatap gambar ini.

Monday, January 19, 2015

Betulkan niat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kata orang,  lumrah manusia, walaupun kita tak diberi komisen, kita akan promote jika produk yang kita guna bagus dan berkesan. Jika kita makan di restoren yang murah dengan hidangan yang sedap, kita akan cadangkan pada kawan-kawan kita. Itu memang lumrah kita. Sebab kita nak kawan dan famili kita mendapat yang terbaik. Kita tak akan dapat cerita dengan sepenuh hati kita, jika kita tidak pernah mengguna produk tersebut. Percayalah, perkongsian yang ikhlas dan jujur akan menghasilkan pulangan yang tidak disangka-sangka.

Saya selalu mengingatkan diri sendiri dan famili Bio Rich, bila share tentang produk, make sure kita sendiri dah guna dan kita sendiri dah merasai kehebatan produk tersebut. Betulkan niat kita, kita share sebab kita nak kawan kita juga dapat yang terbaik macam kita. Kita share sebab kita nak bantu dia. Kalau kita betulkan niat kita, kalau kita terima respon yang positif, Alhamdulillah dan jika kita menerima respon yaang negatif pun Alhamdulillah sebab setiap yang berlaku ada perancangan yang rapi dari Pencipta.

Yang penting niat kita nak sampaikan maklumat pada kawan kita. Mungkin hari itu dia tidak terima sebab dia ada perkara yang lain dalam fikirannya. Tapi anda telah berjaya menyampai satu info padnya yang telah disimpan dalam fikirannya. Suatu hari nanti bila dia perlukan produk itu, yakinlah dia akan menghubungi anda semula.

Harus sentiasa ingat, kita hanya mampu menyampai, yang menggerakkan hati itu tidal lain adalah Tuhan Yang Maha Esa.

Jika kita berfikiran begini, kita akan rasa happy bila kita berjaya menyampaikan maklumat kepada seseorang walaupun kita tak dapat apa-apa . Tapi kita telah membantu kawan atau kenalan kita dengan mencerita tentang produk hebat kita.

Teknologi Bio Velocity The Best Product

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pernah dengar teknologi Bio Velocity? Hampir 95% orang tak pernah dengar atau tahu tentang teknologi Bio Velocity. Ini berdasar pada soalan rambang apabila kita tanya orang-ramai semasa kita buka booth.

APA SEBENARNYA TEKNOLOGI BIO VELOCITY SLEEP MATE?

Dari pembacaan saya, tenaga Bio Velocity ini memang telah lama memberi manfaat kesihatan pada manusia. Sebelum ini , tiada nama khas yang diberi kepada tenaga ini. Teknologi ini berasal dari Korea dan orang Korea telah lama mendapat manfaat dari teknologi ini, lebih dari 20 tahun dahulu.

Kita sangat bertuah kerana teknologi ini telah dipatern oleh syarikat malaysia yang kemudiannya diberi nama Teknologi Bio Velocity. Ia diberi nama begitu sebab ia adalah tenaga semulajadi. Tenaga dari matahari. Matahari terdiri dari banyak gelombang tenaga, hanya gelombang tenaga yang bermanfaat untuk kesihatan dipilih. Tenaga yang baik untuk kesihatan adalah pada waktu sebelum tengahari, yang dikenali oleh orang Islam sebagai waktu Dhuha. Waktu Dhuha memancar tenaga yang boleh menarik rezeki. Cahaya matahari pada masa itu juga boleh menbekallan vitamin kepada badan kita. Ini memang diakui oleh sains.

Bagi mereka yang belajar tentang aura dan tenaga dalaman badan, cahaya waktu Dhuha ini sangat bermanfaat untuk kesihatan badan manusia. Pada waktu Dhuha juga waktu yang dapat menarik rezeki. Rezeki bukan kekayaan semata-mata, malah yang lebih berharga dari kekayaan adalah kesihatan kita yang selau kita ambil ringan dan tidak dihargai kecuali apabila kita tidak sihat.

Tenaga dari matahari ini dimanfaatkan dengan mengguna proses teknologi BV yang tersendiri.  Tenaga ini disimpan dalam garam laut dalam, kemudian diseimbangkan gelombangnya dan disuntik ke dalam produk BV.

Penemuan ini sangat menakjubkan , kerana bila kita bercerita tentang gelombang, ia boleh pergi lagi jauh. Syarikat ini, satu-satunya yang memegang patern teknologi ini. Bak kata CDM James, mungkin suatu hari nanti, ada line Bio Velocity, tentu lebih murah sebab mengguna tenaga matahari. Well..tak ada yang mustahil. Tahniah kepada yang telah menjadi rakan kongsi syarikat ini. Anda telah melibatkan diri dalam perniagaan yang berteknologi ini.

Jika anda berminat, masih belum terlambat hehe...

Yang lebih meyakinkan saya, teknologi ini telah diakui oleh Professor Edward Krizhanovsky , yang berasal dari Russia. Bukan senang ekperimen ini nak diterima dalam journal saintis. dan yang terbaru dalam Eco Journal. Maknanya teknologi ini telah diterima oleh dunia.




Oklah,dalam kajian yang dijalankan oleh Professor Edward, dia membuat kesimpulan orang tidur mengguna Bio Velocity sleep mate, tenaga luarannya lebih tinggi dari orang yang tidak mengguna Bio Velocity sleep mate.

Yang sangat teruja adalah :

Petikan ini saya copy paste dari rakan kongsi , semuga beliau mendapat pahal dari apa yang beliau share di sini.
Hari-hari ada testimoni yang sangat-sangat luar biasa penyembuhannya.
Ni saya kongsi, berkongsi ILMU itu Ibadah.
Yg baik milik Allah, yg kurang datang dari diri saya.
Bio Velocity Sleepmate adalah pelapik tilam yang :
● pertama di dunia dan di Malaysia.
● di suntik garam laut dalam.
● di dedahkan pada cahaya matahari selama sebulan - waktu Dhuha sahaja. Ada yg gelar BVsm ni Selimut Dhuha. Ya Allah... Terima kasih Allah berkongsi Anugerah Semulajadi ini untuk kebaikkan semua. Mengapa waktu Dhuha? Kerana ada unsur istimewa pada cahaya matahari untuk kesihatan, keberkatan & magnet segala rezeki. Dari segi saintifik :-
Kajian selama 20 tahun :
BVsm hasil penyelidikkan kajian Rusia, fabrik dari Jerman, teknologi dari Korea.
Tadi Waktu Dhuha, sudah jelas & faham. skrg persoalannya... KENAPA GARAM?
● rawatan garam sudah lama di amalkan di blok Soviet dan Eropah timur dan negeri China.
● garam juga mainkan peranan penting dalam perubatan Islam bg gangguan makhluk halus, penawar racun.
● Di adun dalam bentuk Bio Velocity - kelajuan gelombang yang berupaya menembusi badan manusia - bergetar bertindak dgn molekul air dalam badan-ikatan air terputus terbebas tenaga dalam bentuk haba -terhasil oksigen. Bila haba di bebaskan ia melarutkan kolestrol yg tersumbat di salur darah juga larutkan darah beku di arteri jantung dan otak - darah lancar seluruh badan. Bila darah lancar semua masalah kesihatan akan beres dgn izinNya. Hormon balance, renewal sel berlaku sbb tu kita boleh jadi semakin sihat dan awet muda.
KENAPA TENAGA MATAHARI DAN GARAM NI DIPROSES PADA BVsm?
● sebab masa tidurlah renewal sel berlaku- tapi hanya dengan tidur yang lena.
● BVsm bantu anda untuk dapatkan 'deep sleep' tanpa gangguan supaya segala proses penyembuhan berlaku dgn maksima yg mungkin.
● otak dapat berehat dari sebarang emosi, interaksi dan membuat keputusan.
● tidur yg lena dgn BVsm akan pulihkan aura yg bocor -rasa happy.
RAMAI YANG SUDAH SEMBUH DARI SAKIT KRONIK YG DI TANGGUNG BERTAHUN.
● senggugut
● stroke
● slipdisc
● migraine
● tekanan perasaan
● gila / sakit jiwa
● insomia
● darah tinggi
● koma
● asma dan apa saja masalah kesihatan.
Rawatan alternatif yang sangat-sangat mudah hanya melalui TIDUR.
● tidur dgn BVsm bagi yg belum sakit In Shaa Allah dapat elakkan sakit jantung dan stroke.
Bila bersama BVsm ~ ada yg cepat rasa kesannya ~ ada yg lambat rasa ~ ada yg kata terus rasa nak muntah ~ ada yg kata lega...
Kali pertama tidur... Subhanallah.... lenanya... ringan badan.
Pelbagai perasa bersama BVsm...
# kakak masalah tulang belakang saya ....masih rasa sampai sekarang w/pun kurang.
# ada yg kata...tulang blkg saya dah ok....
# ada yg kata kak saya muntah.
# mimpi teruk dan takut.
# ada yg kata kak saya tak boleh tidur malam tadi.
# ada yg kata kak saya dah bertahun tak boleh tidur.... mlm tadi saya tidur lena.
# masalah kronik saya selama 6 tahun bagai di buang terus.
Beginilah proses BVsm bertindak balas dlm pemulihan dalaman badan kita :
# dalam membelai terasa bagai "massage"
# dalam "massage" terasa ada pergerakkan yg berlaku
# dalam pergerakkan terasa peluh menitik2 deras, perlahan...


BERAPA LAMA proses ini kita alami?
Terimalah keadaan badan kita seadanya... dah berapa lama kita sumbatkan pelbagai aneka makanan ke saluran dalaman kita hingga ada yg tersumbat? Ianya boleh dilihat jelas melalui "NAJIS" kita. Ada terapung, ada warna pekat, cair, berlumut, hitam... Ya Allah... dalaman dah berkarat, takkan kita impikan penyembuhan berlaku sekelip mata? Proses penyembuhan kebiasaannya berlaku dalam 21 hari. Tetapi ada juga yg merasai kesan positifnya dlm 2 @ 3 hari. Ianya bergantung pada sistem badan masing-masing.
Jadi dalam masa 21 hari, berprasangka baik, teruskan tidur bersama BVsm, minum air mineral 10-15 gelas sehari & minta doa sungguh2 kepada Allah S.W.T.



*** PELABURAN PERCUMA SEUMUR HIDUP UNTUK DIRI ANDA & KELUARGA ***

Sunday, January 18, 2015

Pelan Pemasaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ini saya nak share tentang pelan perniagaan syarikat. Memandangkan kerjaya sebagai usahawan Hai-O Marketing merupakan suatu perniagaan berterusan, maka pihak syarikat telah merangka satu pelan pemasaran jangka panjang agar kita dapat mengembangkan potensi, mencapai pelbagai  faedah dan ganjaran yang telah disedia oleh syarikat.

5 ciri ISTIMEWA Pelan Pemasaran Hai-O Marketing :

1. Adil dan saksama
2. Praktikal
3. Sistem markah timbunan
4.Berkongsi keuntungan
5.Menuju ke arah wawasan

Dibawah Pelan Pemasaran ini, Hai-O Marketing telah mengagihkan sebanyak 67%  dari jumlah BV syarikat sebagai bonus dan juga manfaat-manfaat lain untuk dinikmati oleh  rakan kongsi.

1. Keuntungan Runcit               10-20%
2. Bonus Prestasi                       41%
3. Bonus perkembangan SM     15%
4. Tabung kereta                          3%
5. Bonus Pemisahan CDM          3%
6. Bonus Projek Wawasan           5%
                        Jumlah                67%

Semua barangan mempunyai 2 jenis mata ganjaran, yang berlainan :
Mata peribadi terkumpul untuk kiraan mata (PV) dan satu mata nilai bonus. (BV) . Untuk meringkaskan Pelan Perniagaan ini, nilai PV dan BV dalam contoh kita diandaikan sama.

Syarat :
Rakan kongsi mesti memperolehi sebanyak 100BV untuk menikmati Bonus Peribadi.

Keuntungan Asas Rakan Kongsi :
1. Keuntungan runcit : 10% -20%
Bila seorang rakan kongsi Hai O menjual barangan Hai-O kepada pelanggannya, faedah pertama yang diperolehinya adalah  keuntungan runcit sebanyak 10%- 20%.

Contohnya :
Hai o clorella
Harga Pelanggan (CP)               RM69.60
Harga rakan kongsi (DP)           RM58.00
Untung runcit                             RM11.60
% keuntungan                            20%

2. Bonus prestasi : 3% - 41% 
Bonus prestasi merupakan bonus pencapaian kumpulan. Kenaikan pangkat berdasarkan jualan timbunan hasil kumpulan.( TAPV)

Jadual bonus prestasi atau lebih senag kita panggil share:

Pangkat/Share                                       TAPV                      Bonus (%)
Crown Diamond Manager (CDM)          2,000,000.00            41%
Double Diamond Manager (DDM)         720,000.00               36%
Diamond Sales Manager (DSM)            180,000.00               31%
Senior Sales manager (SSM)                   60,000.00                26%
Sales Manager (SM)                                20,000.00                21%

Syarat Kelayakan :
Untuk dinaikkan pangkat kepada SM, jika tiada menaja rakan kongsi, anda pun boleh naik pangkat ke SM jika belian terkumpul anda mencecah RM20.000.00. Tak kisah berapa lama anda masa untuk anda mencapai belian RM20,000.00 . Jika anda mendapat belian terkumpul RM20,000.00 selepas 5 tahun, maknanya anda akan dinaikkan pangkat selepas 5 tahun. Jika anda mengajak kawan-kawan untuk menjadi rakan kongsi, segala belian anda dan kawan-kawan anda akan dikira untuk anda dianaikkan pangkat kepada SM. Jika anda ada 10 orang rakan kongsi dan setiap seorang berbelanja RM200, selepas sepuluh bulan, anda akan berjaya mengumpul belian kumpulan sebanyak RM20,000.00.

Untuk dinaikkan ke pangkat SSM, anda memerlukan sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi anda mencapai SM. Maknanya, pelan pemasaran ini memerlukan kumpulan bekerjasama. Semua ahli saling memerlukan.

Untuk dinaikkan ke pangkat DSM, anda memerlukan sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi anda yang berpangkat SSM.

Untuk dinaikkan ke pangkat DDM, anda memerlukan sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi anda mendapat pangkat DSM.

Maknanya kita kena saling membantu antara rakan kongsi. Saya cadangkan jika anda ada menaja kawan, boleh letak saudar terdekat kita dibawah kita sebelum meletak kawan-kawan kita yang lain. Ini adalah penting, jika kita perlu mempastikan rakan kongsi kita naik pangkat, rakan kongsi yang akan kita bantu adalah famili kita sendiri. Contoh alau kita perlu buat belian atas nama famili kita, bonus tu kita boleh minta dari dia hehe. Kalau orang lain, mungkin tak manislah kalau kita nak minta bonus yang dia dapat. Itu adalah strategi, kepada rakan kongsi kita, kita juga beri nasihat yang sama.
Maknanya selain dari kita berjaya, famili terdekat kita juga boleh berjaya .

Sistem ini yang membuat saya tertarik pada bisnes ini. Belumlagi saya cerita tentang faedah-faedah lain. Lain kali saya akan update lagi. Ini yang paling asas anda perlu tahu.

Jika berminat boleh whatsapp 013-817 4166





Apa bisnes kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Nak bisnes, mestilah ada syarikat. Syarikat adalah Syarikat Hai-O Marketing Sdn Bhd. Syarikat ini telah berusia 22 tahun. Syarikat ini telah disenaraikan di papan Bursa Malaysia.Maknanya syarikat ini adalah syarikat Public Listed Company.

Yang lagi meyakinkan saya, Marketing Plan syarikat ini tidak pernah berubah sejak 22 tahun yang lalu. Menurut Usahawan Hai-O yang telah berjaya, dari mula penubuhan syarikat hingga kini dah semakin ramai jutawan-jutawan yang lahir dari Syarikat ini. Ini menunjukkan syarikat ini berlaku adil dan saksama kepada rakan kongsinya. Seiapa yang berusaha sudah pasti akan berjaya.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tanya Mr. Google Hai-O Marketing ..nanti anda jumpa semua tentang syarikat ini , produk syarikat dan usahawan-usahawan yang telah berjaya menjadi jutawan.

Siapa yang layak jadi ahli Bio Rich?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ada yang whatsapp saya bagaimana nak jadi ahli atau saya lebih suka perkataan rakan kongsi, seprti yang diajar oleh mentor saya. Bila kita sebut rakan kongsi ia rasa lebih dekat di hati. Perkataan rakan itu sendiri menggambarkan sahabat, sahabat bukan saja waktu kita senang, malah sahabat waktu kita susah. Jika aanda mengambil keputusan untuk menjadi rakan kongsi kami, kami akan pastikan anda mendapat hak sebagai rakan kongsi kami, walau di mana anda berada. Asalkan anda komited.

Saya ingin petik peringatan dari mentor saya Master Coach  Asiah Yusop (MCAY) :

' Yang penting anda fokus.

Bisnes yang terbaik ialah letakkan PASSION  anda di dalamnya. Jangan lakukan kerana anda terpaksa dan tidak tahu kenapa anda melakukan bisnes tersebut.
Usahawan yang berjaya ialah dia mengenali dan membawa dirinya ke dalam bisnes tersebut.

Dia sentiasa tahu matlamat dalam setiap perancanagan untuk diri dia berjaya. '

Memang tepat sekali apa yang dikata MCAY itu.

Bila anda menjadi rakan kongsi, anda mungkin termasuk dalam kategori di bawah, sebab saya  sendiri dah melalui fasa ini. sebab itu perjalanan saya agak perlahan, tapi sentiasa bergerak walaupun setapak sehingga saya menyedari peluang yang saya boleh perolehi dari bisnes ini dan saya dah melihat ramai yang sudah berjaya.

Anda sebagai rakan kongsi:
Pilihan anda untuk menjadi rakan kongsi yang bagaimana:

1. Jadi rakan kongsi sebab nak beli satu sahaja produk dengan harga ahli, saya pun bermula dengan ini,Masih ingat lagi apa yang saya kata - saya tak mahu berniaga, saya jadi rakan kongsi hanya untuk beli
produk lebih murah. Itu berlaku pada tahun 2012. Sejak membuat belian itu, saya langsung tak ada membeli apa-apa produk sebab tak tahu apa produk yang ada dijual. Cuma apa yang saya buat, hanya share produk yang saya guna iaitu Premium Beautiful yang sememangnya berbaloi membelinya. Kalau saya tak guna Premium Beautiful 2 tahun lepas, mungkin sakit belakang saya telah menjadi lebih teruk. Syukur, kerana ada kawan yang memperkenalkan saya pada produk ini.

2. Jadi rakan kongsi sebab nak beli produk untuk kegunaan sendiri dengan harga ahli. Ramai yang bermula dengan sebab ini. Bila kita dah guna sendiri, bila produk tu bagus dan berbaloi membeli, lumrah manusia, kita akan share. Contohnya, bila kita makan di satu kedai, makanan nya sedap dan murah, kita akan cerita pada kawan, walaupun pekedai tu tak ada beri komisen kalau kawan kita makan di kedainya hehe.

Apa yang berlaku kepada rakan kongsi, biasa dia akan mula menjual pada kawan. Untuk pembelian pertama ok kalau nak jual dengan harga member, tapi pembelian ulangan kena beri harga bukan member, sekurang-kurangnya kita dapat pendapatan juga. paling kurang pun dapat guna dengan percuma. Jika pelanggan kita selalu memberi dari kita, apa kata kita ajak dia jadi rakan kongsi juga, dia dapat beli dengan lebih jimat. Jika anda konsistan buat ini, jangan terkejut satu hari nanti anda akan mendapat pendapatan yang anda tidak pernah fikirkan

3. Jadi rakan kongsi sebab nak buat bisnes betul-betul. Untuk berjaya dengan cepat, pertama kali kenalah guna sendiri produk ini dan rasailah keistimewaan dan kehebatan produk kita. Bila kita dah guna, jadi mudah untuk kita share dengan kawan dan promote dengan kawan. Langkah pertama, kena cari rakan kongsi yang nak buat bisnes juga. Itu yang paling penting. Klau kita dan rakan kongsi kita sama-sama buat, peluang untuk menuju kejayaan memang cerah.

Berbalik kepada syarat nak jadi rakan kongsi tadi , sangat senang
1. Yuran RM50 , dan renew tahunan rm35
2. Umur 18 tahun ke atas.

Itu saja...

Multi Level Marketing ( MLM )

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kenapa ramai yang fobia bila mendengar MLM. Ada yang melabel MLM sebagai  Melayu Lanyak Melayu,  Meeting Larut Malam, produk MLM tak berkualiti, mahal sebab kena bayar komisen kepda pengedar. Dan macam-macam lagi perkara negatif yang mereka kata. Anggapan negatif ini juga berlaku di kalangan kawan-kawan saya sendiri.

Sebenarnya MLM tak bersalah, orang yang berniaga MLM tu yang tidak jujur dan tidak beretika menyebabkan semua MLM dilbel negatif. Walau apapun anggapan orang, saya tidak takut untuk berniaga dalam MLM sebab ini bisnes yang paling mudah, tak perlu modal besar. Tidak risau nak bayar sewa kedai atau nak cari pekerja. Semuanya telah diurus oleh syarikat.

Apa yang kita perlu buat sebelum menceburi diri dalam mana-mana syarikat MLM ialah ;
1. selidik syarikat. Kekukuhan syarikat. Berapa lama syarikat telah ditubuhkan. Aset syarikat.
2. Kalau syarikat kukuh, tapi produk biasa-biasa saja pun tak boleh. produk mestilah lain dari yang lain dan tiada syarikat lain yang ada jual produk yang serupa kita.
3. Leader dan rakan kongsi. Ini sangat memainkan peranan yang sangat penting. Personally, sebab utama saya tertarik dan tergerak hati dengan bisnes ini adalah kerana  komitmen , kesungguhan dan kejujuran mentor dan leader yang bersama kami. Menjadikan mentor saya sebagai idola, saya akan cuba sebaik mungkin untuk mempastikan rakan kongsi Bio Rich mencapai impian masing-masing dan kami dapat meraikan kejayaan bersama-sama.

Pada saya, bukan senag nak berjaya dan tidak mustahil untuk berjaya. yang penting kita sanggup berusaha dan bekerja keras. Cepat atau lambat nya untuk berjaya bergantung kepada usaha kita dan sikap yang sentiasa kental dan tabah menghadapi segala cabaran.

Kita juga perlu kreaktif dan sentiasa ada semangat. Kepada teman-teman di luar sana yang ingin bersama kami, sangat-sangat dialu-alukan. Walau di mana anda berada, kami akan memberi tunjuk ajar yang terbaik. Jarak dan masa bukan penghalang untuk kita berjaya.

Jika berminat boleh whatsapp saya  Dr. Asma 013 817 4166.


Saturday, January 17, 2015

Produk Pertama di beli

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Teringat cerita tahun 2012,kali pertama saya membeli produk dari syarikat Hai-O Marketing. Saya ucap terima kasih kepada kawan saya Etunz kerana mengajak saya untuk join program make up yang dianjur oleh Bio Care Sdn Bhd.

Dalam program tersebut, kami diajar cara make up.Orang perempuan, kalau bab menghias diri memang kecoh. Selepas membuat demo, kami pun mulalah menunjuk bakat di muka sendiri. Sangat seronok.
Diakhir kelas Make up, pihak penganjur share satu produk yaang amazing..yang boleh bentukkan badan kita dalm beberapa minit. Tak perlu diet, tak perlu exercise, dalam beberapa minit bentuk badan berubah. Untuk menunjukkan betul atau tidak seorang volunteer untuk diubah bentuk badannya. Wow..... selepas peserta tu mengguna produk tersebut, bentuk badan menjadi lebih menarik..bentuk badan idaman semua perempuan. hehe...

Melihat keajaiban produk ini, saya mengambil keputusan untuk membelinya. Ditambah pula, produk ini dapat membetulakan postur badan dan mengurangkan sakit di tulang belakang.
Seperti biasa, saya memang ingin membeli dengan harga lebih murah.Untuk dapatkan harga lebih murah kenalah menjadi usahawan Hai -O dengan yuran RM50 sahaja

Nak tau apa produk pertama saya beli? Tak lain dan tak bukan adalah Premium Beautiful.



Sekarang dah masuk tahun ke 3 saya masih  mengguna Premium Beautiful setiap hari belerja. Yang bestnya, Premium Beautiful itu masih nampak baharu walaupun dan 3 tahun diguna. Hari tu ada bahagian seluarnya yang rosak dan sangat mengejutkan boleh servis, anda repair.

Di sini bermula

Assalamualaikum dan salam sejahtera, tak tahu dari mana datangnya semangat untuk mula create this blog. Saya tak pernah terfikir pun untuk create blog seperti ini. Saya bersyukur kerana diberi kekuatan dan semangat untuk menulis di sini. Mungkin atas rasa tanggungjawab dan sayangkan Bio Rich ini menjadi pendorong untuk saya menulis di sini. Saya ingin segala aktiviti dan kejayaan kami di simpan di sini yang akan menjadi tatapan sahabat- sahabat dan famili.

Banyak yang nak ditulis sehingga tak tahu di mana nak mula di mana hehe.. Kewujudan Bio Rich pun tak pernah dirancang dan mengenali sahabat-sahabat dalam Bio Rich satu rahmat buat kami. Kami tak pernah kenal sebelum ini, dipertemu dalam Bio Rich dan wujudnya ikatan silatur rahim kerana Bio Rich. Semuga ikatan persahabatan kita semakin erat bersama dengan kejayaan yang akan kita kecapi bersama.

Mungkin nak tau apa Bio Rich tu? Ok.. untuk lebih seronok, Bio Rich ini adalah Kelab Usahawan Hai O di bawah bimbingan saya, Dr. Asma. Sebenarnya, saya tak pernah terfikir nak ada kelab seperti ini. Tapi bila melihat ahli kelab yang sangat bersemangat dan mempunyai impian masing-masing, saya merasa saya bertanggungjawab dan mempastikan kami semua berusaha untuk mencapai impian masing-masing.

Produk yang menjadi favourite saya adalah Bio Velocity Sleep Matte ( BVsm). Kebanyakkan ahli Kelab yang join bermula dengan saya sharing BVsm. Mula share pada seorang, buat demo, orang tu terpikat, share lagi..lagi.. akhirnya ada beberapa orang nak join kelab.

One day, kita pun adakan meeting, semua nampak bersemangat. Adalah projek kita nak bantu semua ahli supaya mereka mendapat pendapatan tambahan setelah menjadi usahawan Hai-O. Bila dan ada group ni, kenalah ada nama ..kalau tak tak ada sense of belonging..

Bincang-bincang, ada yang suggest BIO VELOCITY... seorang rakan, Sofia namanya beri idea, Bio Rich.. RICH sebab kami nak kaya. Kalau selalu sebut rich, suatu masa nanti semua kami akan kaya.
Itulah bermulanya BIO RICH.

I LOVE BIO RICH MEMBERS....