Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setiap yang hidup pasti akan mati. Bila kita mati tak ada pahala yang sampai pada kita melainkan 3 perkara :
anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kita
ilmu yang dimanfaatkan
harta benda yang diguna untuk kebaikan.
Aku harap ilmu dan maklumat yang diabaikan dalam blog-blog ku dapat memberi manfaat pada orang memerlukan. Semuga usaha -usaha ku diberkatiNya. Semuga ini akan menjadi pahala berterusan buatku, walaupun aku telah tiada nanti
Alhamdulillah, sejak menyertai bisnes ini secara santai-santai, pendapatan bulanan memang tidak menghampakan. Buat masa sekarang pendapatan bulanan dalam lingkungan RM1,000.00 Mungkin ada yang mengatakan..alah..RM 1,000.00 bukanlah banyak mana kerana di luar sana ada berbagai bentuk bisnes yang pendapatan mencecah puluhan ribu tanpa perlu menjual apa -apa.
RM1,000 ini, pada saya besar nilainya sebab saya buat santai-santai. Jumlah yang kita ingin dapat bergantung dengan usaha kita. Tahniah Asma!! hehe...
Ok, berbalik kepada tajuk saya, saya nak share tip untuk menjual produk.
Tip nya senang aje, Saya dah buat dan pasti berkesan kerana setiap minggu ada aje orang baru dibawa bersama dan kemudian berminat menjadi franchise.. Alhamdulillah..
Tip nya kita kena betulkan dalaman kita. kalau kita niat nak buat bisnes ni nak jual, bila kita share product dan orang tak beli, kita akan rasa kecewa.
Caranya:
1. Niatkan kita share produk keranaNya.. Samada orag tu beli atau tidak bukan urusan kita. Yang penting, bila ada kesempatan, share aje kelebihan produk kita.
Ini yang saya rasai sendiri. Saya berterima kasih pada kawan yang telah menceritakan tentang kelebihan Premium Beautiful. Jika dia tak cerita, saya tak tahu dan seterusnya mungkin masalah kesihatan saya menjadi lagi teruk.
Saya selalu ingat tujuan saya share adalah nak beritahu kelebihan produk yang kita guna. Mungkin kali ini dia belum nak beli, tapi anda harus ingat the moment kita share, info itu telah direkod di memory kawan kita. Bila mereka memerlukan, sudah pasti mereka akan menghubungi kita. Ini pengalaman saya sendiri.
2. Jika kita ajak kawan join. Kita dah cerita sampai kering air liur hehe. Keputusannya mereka tak berminat menjadi franchise. Jangan sedih, kita hanya mencadang. Yang menggerakkan hati kita tidak lain adalah Pencipta kita.
Bila kita selalu ingat 2 perkara ini, anda akan jadi kental walaupun ramai yang tidak berminat atau pandang sinis pada anda.
Kena selalu ingatkan diri, kita share kerana Allah mungkin dalam banyak-banyak kita share, ada seseorang memerlukan product yang kita share.
Tak ada yang paling happy saya rasa ialah bila customer kita ucap terima kasih kerana dia mendapat kebaikan dari produk kita.
No comments:
Post a Comment