Sunday, January 18, 2015

Siapa yang layak jadi ahli Bio Rich?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ada yang whatsapp saya bagaimana nak jadi ahli atau saya lebih suka perkataan rakan kongsi, seprti yang diajar oleh mentor saya. Bila kita sebut rakan kongsi ia rasa lebih dekat di hati. Perkataan rakan itu sendiri menggambarkan sahabat, sahabat bukan saja waktu kita senang, malah sahabat waktu kita susah. Jika aanda mengambil keputusan untuk menjadi rakan kongsi kami, kami akan pastikan anda mendapat hak sebagai rakan kongsi kami, walau di mana anda berada. Asalkan anda komited.

Saya ingin petik peringatan dari mentor saya Master Coach  Asiah Yusop (MCAY) :

' Yang penting anda fokus.

Bisnes yang terbaik ialah letakkan PASSION  anda di dalamnya. Jangan lakukan kerana anda terpaksa dan tidak tahu kenapa anda melakukan bisnes tersebut.
Usahawan yang berjaya ialah dia mengenali dan membawa dirinya ke dalam bisnes tersebut.

Dia sentiasa tahu matlamat dalam setiap perancanagan untuk diri dia berjaya. '

Memang tepat sekali apa yang dikata MCAY itu.

Bila anda menjadi rakan kongsi, anda mungkin termasuk dalam kategori di bawah, sebab saya  sendiri dah melalui fasa ini. sebab itu perjalanan saya agak perlahan, tapi sentiasa bergerak walaupun setapak sehingga saya menyedari peluang yang saya boleh perolehi dari bisnes ini dan saya dah melihat ramai yang sudah berjaya.

Anda sebagai rakan kongsi:
Pilihan anda untuk menjadi rakan kongsi yang bagaimana:

1. Jadi rakan kongsi sebab nak beli satu sahaja produk dengan harga ahli, saya pun bermula dengan ini,Masih ingat lagi apa yang saya kata - saya tak mahu berniaga, saya jadi rakan kongsi hanya untuk beli
produk lebih murah. Itu berlaku pada tahun 2012. Sejak membuat belian itu, saya langsung tak ada membeli apa-apa produk sebab tak tahu apa produk yang ada dijual. Cuma apa yang saya buat, hanya share produk yang saya guna iaitu Premium Beautiful yang sememangnya berbaloi membelinya. Kalau saya tak guna Premium Beautiful 2 tahun lepas, mungkin sakit belakang saya telah menjadi lebih teruk. Syukur, kerana ada kawan yang memperkenalkan saya pada produk ini.

2. Jadi rakan kongsi sebab nak beli produk untuk kegunaan sendiri dengan harga ahli. Ramai yang bermula dengan sebab ini. Bila kita dah guna sendiri, bila produk tu bagus dan berbaloi membeli, lumrah manusia, kita akan share. Contohnya, bila kita makan di satu kedai, makanan nya sedap dan murah, kita akan cerita pada kawan, walaupun pekedai tu tak ada beri komisen kalau kawan kita makan di kedainya hehe.

Apa yang berlaku kepada rakan kongsi, biasa dia akan mula menjual pada kawan. Untuk pembelian pertama ok kalau nak jual dengan harga member, tapi pembelian ulangan kena beri harga bukan member, sekurang-kurangnya kita dapat pendapatan juga. paling kurang pun dapat guna dengan percuma. Jika pelanggan kita selalu memberi dari kita, apa kata kita ajak dia jadi rakan kongsi juga, dia dapat beli dengan lebih jimat. Jika anda konsistan buat ini, jangan terkejut satu hari nanti anda akan mendapat pendapatan yang anda tidak pernah fikirkan

3. Jadi rakan kongsi sebab nak buat bisnes betul-betul. Untuk berjaya dengan cepat, pertama kali kenalah guna sendiri produk ini dan rasailah keistimewaan dan kehebatan produk kita. Bila kita dah guna, jadi mudah untuk kita share dengan kawan dan promote dengan kawan. Langkah pertama, kena cari rakan kongsi yang nak buat bisnes juga. Itu yang paling penting. Klau kita dan rakan kongsi kita sama-sama buat, peluang untuk menuju kejayaan memang cerah.

Berbalik kepada syarat nak jadi rakan kongsi tadi , sangat senang
1. Yuran RM50 , dan renew tahunan rm35
2. Umur 18 tahun ke atas.

Itu saja...

No comments:

Post a Comment