Sunday, January 18, 2015

Pelan Pemasaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ini saya nak share tentang pelan perniagaan syarikat. Memandangkan kerjaya sebagai usahawan Hai-O Marketing merupakan suatu perniagaan berterusan, maka pihak syarikat telah merangka satu pelan pemasaran jangka panjang agar kita dapat mengembangkan potensi, mencapai pelbagai  faedah dan ganjaran yang telah disedia oleh syarikat.

5 ciri ISTIMEWA Pelan Pemasaran Hai-O Marketing :

1. Adil dan saksama
2. Praktikal
3. Sistem markah timbunan
4.Berkongsi keuntungan
5.Menuju ke arah wawasan

Dibawah Pelan Pemasaran ini, Hai-O Marketing telah mengagihkan sebanyak 67%  dari jumlah BV syarikat sebagai bonus dan juga manfaat-manfaat lain untuk dinikmati oleh  rakan kongsi.

1. Keuntungan Runcit               10-20%
2. Bonus Prestasi                       41%
3. Bonus perkembangan SM     15%
4. Tabung kereta                          3%
5. Bonus Pemisahan CDM          3%
6. Bonus Projek Wawasan           5%
                        Jumlah                67%

Semua barangan mempunyai 2 jenis mata ganjaran, yang berlainan :
Mata peribadi terkumpul untuk kiraan mata (PV) dan satu mata nilai bonus. (BV) . Untuk meringkaskan Pelan Perniagaan ini, nilai PV dan BV dalam contoh kita diandaikan sama.

Syarat :
Rakan kongsi mesti memperolehi sebanyak 100BV untuk menikmati Bonus Peribadi.

Keuntungan Asas Rakan Kongsi :
1. Keuntungan runcit : 10% -20%
Bila seorang rakan kongsi Hai O menjual barangan Hai-O kepada pelanggannya, faedah pertama yang diperolehinya adalah  keuntungan runcit sebanyak 10%- 20%.

Contohnya :
Hai o clorella
Harga Pelanggan (CP)               RM69.60
Harga rakan kongsi (DP)           RM58.00
Untung runcit                             RM11.60
% keuntungan                            20%

2. Bonus prestasi : 3% - 41% 
Bonus prestasi merupakan bonus pencapaian kumpulan. Kenaikan pangkat berdasarkan jualan timbunan hasil kumpulan.( TAPV)

Jadual bonus prestasi atau lebih senag kita panggil share:

Pangkat/Share                                       TAPV                      Bonus (%)
Crown Diamond Manager (CDM)          2,000,000.00            41%
Double Diamond Manager (DDM)         720,000.00               36%
Diamond Sales Manager (DSM)            180,000.00               31%
Senior Sales manager (SSM)                   60,000.00                26%
Sales Manager (SM)                                20,000.00                21%

Syarat Kelayakan :
Untuk dinaikkan pangkat kepada SM, jika tiada menaja rakan kongsi, anda pun boleh naik pangkat ke SM jika belian terkumpul anda mencecah RM20.000.00. Tak kisah berapa lama anda masa untuk anda mencapai belian RM20,000.00 . Jika anda mendapat belian terkumpul RM20,000.00 selepas 5 tahun, maknanya anda akan dinaikkan pangkat selepas 5 tahun. Jika anda mengajak kawan-kawan untuk menjadi rakan kongsi, segala belian anda dan kawan-kawan anda akan dikira untuk anda dianaikkan pangkat kepada SM. Jika anda ada 10 orang rakan kongsi dan setiap seorang berbelanja RM200, selepas sepuluh bulan, anda akan berjaya mengumpul belian kumpulan sebanyak RM20,000.00.

Untuk dinaikkan ke pangkat SSM, anda memerlukan sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi anda mencapai SM. Maknanya, pelan pemasaran ini memerlukan kumpulan bekerjasama. Semua ahli saling memerlukan.

Untuk dinaikkan ke pangkat DSM, anda memerlukan sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi anda yang berpangkat SSM.

Untuk dinaikkan ke pangkat DDM, anda memerlukan sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi anda mendapat pangkat DSM.

Maknanya kita kena saling membantu antara rakan kongsi. Saya cadangkan jika anda ada menaja kawan, boleh letak saudar terdekat kita dibawah kita sebelum meletak kawan-kawan kita yang lain. Ini adalah penting, jika kita perlu mempastikan rakan kongsi kita naik pangkat, rakan kongsi yang akan kita bantu adalah famili kita sendiri. Contoh alau kita perlu buat belian atas nama famili kita, bonus tu kita boleh minta dari dia hehe. Kalau orang lain, mungkin tak manislah kalau kita nak minta bonus yang dia dapat. Itu adalah strategi, kepada rakan kongsi kita, kita juga beri nasihat yang sama.
Maknanya selain dari kita berjaya, famili terdekat kita juga boleh berjaya .

Sistem ini yang membuat saya tertarik pada bisnes ini. Belumlagi saya cerita tentang faedah-faedah lain. Lain kali saya akan update lagi. Ini yang paling asas anda perlu tahu.

Jika berminat boleh whatsapp 013-817 4166





No comments:

Post a Comment