Saturday, January 17, 2015

Di sini bermula

Assalamualaikum dan salam sejahtera, tak tahu dari mana datangnya semangat untuk mula create this blog. Saya tak pernah terfikir pun untuk create blog seperti ini. Saya bersyukur kerana diberi kekuatan dan semangat untuk menulis di sini. Mungkin atas rasa tanggungjawab dan sayangkan Bio Rich ini menjadi pendorong untuk saya menulis di sini. Saya ingin segala aktiviti dan kejayaan kami di simpan di sini yang akan menjadi tatapan sahabat- sahabat dan famili.

Banyak yang nak ditulis sehingga tak tahu di mana nak mula di mana hehe.. Kewujudan Bio Rich pun tak pernah dirancang dan mengenali sahabat-sahabat dalam Bio Rich satu rahmat buat kami. Kami tak pernah kenal sebelum ini, dipertemu dalam Bio Rich dan wujudnya ikatan silatur rahim kerana Bio Rich. Semuga ikatan persahabatan kita semakin erat bersama dengan kejayaan yang akan kita kecapi bersama.

Mungkin nak tau apa Bio Rich tu? Ok.. untuk lebih seronok, Bio Rich ini adalah Kelab Usahawan Hai O di bawah bimbingan saya, Dr. Asma. Sebenarnya, saya tak pernah terfikir nak ada kelab seperti ini. Tapi bila melihat ahli kelab yang sangat bersemangat dan mempunyai impian masing-masing, saya merasa saya bertanggungjawab dan mempastikan kami semua berusaha untuk mencapai impian masing-masing.

Produk yang menjadi favourite saya adalah Bio Velocity Sleep Matte ( BVsm). Kebanyakkan ahli Kelab yang join bermula dengan saya sharing BVsm. Mula share pada seorang, buat demo, orang tu terpikat, share lagi..lagi.. akhirnya ada beberapa orang nak join kelab.

One day, kita pun adakan meeting, semua nampak bersemangat. Adalah projek kita nak bantu semua ahli supaya mereka mendapat pendapatan tambahan setelah menjadi usahawan Hai-O. Bila dan ada group ni, kenalah ada nama ..kalau tak tak ada sense of belonging..

Bincang-bincang, ada yang suggest BIO VELOCITY... seorang rakan, Sofia namanya beri idea, Bio Rich.. RICH sebab kami nak kaya. Kalau selalu sebut rich, suatu masa nanti semua kami akan kaya.
Itulah bermulanya BIO RICH.

I LOVE BIO RICH MEMBERS....

No comments:

Post a Comment