Monday, January 19, 2015

Betulkan niat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kata orang,  lumrah manusia, walaupun kita tak diberi komisen, kita akan promote jika produk yang kita guna bagus dan berkesan. Jika kita makan di restoren yang murah dengan hidangan yang sedap, kita akan cadangkan pada kawan-kawan kita. Itu memang lumrah kita. Sebab kita nak kawan dan famili kita mendapat yang terbaik. Kita tak akan dapat cerita dengan sepenuh hati kita, jika kita tidak pernah mengguna produk tersebut. Percayalah, perkongsian yang ikhlas dan jujur akan menghasilkan pulangan yang tidak disangka-sangka.

Saya selalu mengingatkan diri sendiri dan famili Bio Rich, bila share tentang produk, make sure kita sendiri dah guna dan kita sendiri dah merasai kehebatan produk tersebut. Betulkan niat kita, kita share sebab kita nak kawan kita juga dapat yang terbaik macam kita. Kita share sebab kita nak bantu dia. Kalau kita betulkan niat kita, kalau kita terima respon yang positif, Alhamdulillah dan jika kita menerima respon yaang negatif pun Alhamdulillah sebab setiap yang berlaku ada perancangan yang rapi dari Pencipta.

Yang penting niat kita nak sampaikan maklumat pada kawan kita. Mungkin hari itu dia tidak terima sebab dia ada perkara yang lain dalam fikirannya. Tapi anda telah berjaya menyampai satu info padnya yang telah disimpan dalam fikirannya. Suatu hari nanti bila dia perlukan produk itu, yakinlah dia akan menghubungi anda semula.

Harus sentiasa ingat, kita hanya mampu menyampai, yang menggerakkan hati itu tidal lain adalah Tuhan Yang Maha Esa.

Jika kita berfikiran begini, kita akan rasa happy bila kita berjaya menyampaikan maklumat kepada seseorang walaupun kita tak dapat apa-apa . Tapi kita telah membantu kawan atau kenalan kita dengan mencerita tentang produk hebat kita.

No comments:

Post a Comment